Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer
merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer
kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang
dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan
komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran
Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran
bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan
tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu
pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu
guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat
iaitu:
Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini
akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di
dalam kelas.
(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat
kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis.
Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu
mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal
ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa
contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai
bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan
sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi
utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain
itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi
penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama
dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen
media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna
teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
- Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
- Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
- Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
- Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
- Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual
tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan
sebagainya.
- Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
- Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio
- Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
- Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling
dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya
mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga
mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar
kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada
dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek
supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej
statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi
ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan
kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan
kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara
visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan
mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan
ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka.
Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran
pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang
sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan
melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan
audio dan video. Antaranya ialah:
(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui
perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai
bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
Inilah bahan video yang saya cipta:
No comments:
Post a Comment