Monday, February 2, 2015

Tugasan Mingguan

Arahan:

Sila siapkan tugasan mingguan yang dimuatkan dalam blog ini dan muat naik dalam blog masing-masing. Pastikan anda juga menyimpan bahan atau maklmat yang dimuat naik disimpan dalam folder kursus dalam cakera keras, cakera liut dan google drive anda. Markah akan diberikan untuk setiap tugasan mingguan yang disiapkan. Syabas atas daya usaha dan komitmen anda.

Minggu
Tajuk Tugasan

1
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu.
Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan dalam blog anda.

2
Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.
Sila simpan bahan dalam bentuk:
i.  Fail internet
ii. Katalog internet

3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.

4
Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.
  • 10 bahan audio
  • 10 bahan video
  • 10 bahan teks
  •  10 bahan grafik

5
Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
  • Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.


6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.

7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman

10
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu