Minggu 8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

Pengenalan
  • Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan  kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet 
  • Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
  • Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan


Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i.              Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii.             Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii.            Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband) 


Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:


Melaksana Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran.
LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan


KENAPAKAH 'E-LEARNING' PERLU DIGUNAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA?
  1.  'E-learning'  membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan  lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka.
  2. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulanyang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
  3. E-learning'  yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
  4. Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan  secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan  isi pelajaran dengan berkesan dan menarik.

No comments:

Post a Comment