Arahan:
Sila
siapkan tugasan mingguan yang dimuatkan dalam blog ini dan muat naik dalam blog
masing-masing. Pastikan anda juga menyimpan bahan atau maklmat yang dimuat naik
disimpan dalam folder kursus dalam cakera keras, cakera liut dan google
drive anda. Markah akan diberikan untuk setiap tugasan mingguan yang
disiapkan. Syabas atas daya usaha dan komitmen anda.
Minggu
|
Tajuk
Tugasan
|
1
|
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa
Melayu.
Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan
dalam blog anda.
|
2
|
Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan
dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio,
video, teks dan grafik.
Sila simpan bahan dalam bentuk:
i.
Fail internet
ii. Katalog internet
|
3
|
Aplikasi Garis Panduan dan Etika
Penggunaan Internet
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika
Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint.
Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.
|
4
|
Internet merupakan pustaka maya yang sangat
besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan
kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan
yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik.
Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan
pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan
persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran
pada minggu hadapan.
|
5
|
Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran
dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
|
6
|
Membina dan Mengaplikasikan Struktur
Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
|
7
|
Mengaplikasikan Model Pemprosesan
Maklumat dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
|
8
|
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
dan Luar Talian
|
9
|
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman
|
10
|
Membina Bahan Video dan Audio Untuk
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
|
No comments:
Post a Comment